Tuesday, June 26, 2012

tahun satu

akhirnya tamat tahun satu di universitas
pelik. aku tertawa seorang diri mengimbas kembali semua coretan yang agak kasar dan penuh bernafsu
tatkala aku duduk sendiri mengenang semula memorabilia; aku menangis
sedih melihat jalan hidupku yang tidak nampak cahaya penghujung atau bayang-bayang masa depan.
puasku berdiri di bawah cahaya lampu namun tetap legam bayang-bayang masa hadapan
terlalu taksub dengan dunia, terlalu leka dengan dunia, terlalu lalu dengan dunia
berpuluh puluh batang cigari telah selamat dihabiskan dalam masa tiga minggu kerana bimbang tidak dapat menahan tekanan.
manusia pelik mendeskripsikan aku sebagai manusia pelik. aku tidak bergaul. aku tidak menjamah makanan bersama
mungkin kerana terlalu asyik bermonolog bersama burung yang terperangkap dalam sarang labah-labah
ada yang terdengar monolog tersebut. aku hanya tersenyum apabila dialog yang mono itu tersebar
ada yang faham, mungkin ada yang tidak. ada juga yang pura-pura tidak mengambil endah
seperti aku memberi konsol

No comments:

Post a Comment