Monday, October 7, 2013

Sedikit cetusan

cetusan hati dari manusia :

ku tersalah arah, ku terus melangkah,
tersedar ku tidak berpatah,
ku hanya ingin membawa diri,
sesalku tidak berguna lagi.
senyap ku terduduk sendiri.

matiku tidak tenang, walau tiada siapa ke peduli,
limpahan kaca bersulam dusta,
ku hiris sendiri, dari duri yang ku cabut sendiri.

Hari hari yang berlalu, sekadar lesu
Meninggalkan manusia yang kaku

Monday, September 30, 2013

biar aku mati

dinding ini masih lagi kecil, penuh dengan contengan lakaran hati,
biar aku mati, hilang ditelan bumi,
biar tidak satu peduli, matiku hanya mati,
noda hati lebih baik pergi mati,
gelap yang dulu nya cerah, semakin mengaburi,
aku tidak mampu.

Pedulikan semua yang tidak peduli,
biar kepahitan menjadi ubat ku sendiri,
biar keperitan ku tanggung sendiri sehingga mati,
ku tidak mohon simpati,
asal tiada lagi kejahatan ku lakukan,
ku langsung tidak memberi, apatah membantu.

biar ku mati.


Friday, August 30, 2013

pelangi pagi

pagi ini ku terlihat segaris pelangi. meski matahari belum muncul, tika bulan bicara sendiri.
dari jauh, warnanya satu, semakin ku kehadapan, ku melangkah.
satu persatu warnanya ku belek. dari satu sehingga tujuh.
jauh bezanya dari jauh.
ku masih di dimensi ini melihat pelangi.

kedatanganku tidak dirai, kehilanganku tidak di cari, apatah lagi ditangisi.
sedarku cuma senafsi pengemis, tidak berhenti meminta simpati.
sedarku menjadi kelu, tiada bisikan yang melankoli.
sedarku masih melihat pelangi

angin rindu, berhenti bertiup, berhenti beralun. berhenti.
ku tidak sanggup lagi, meratapi yang ingin pergi, yang tidak ingin kembali.
biar derita ini menjadi pengubat derita, biar luka membalut luka.
kerna ku tidak tahu mengapa.
ku terus melihat pelangi pagi.

sebuah lukisan pelangi.


Wednesday, August 28, 2013

kelam

hitam itu gelap, seakan akan kelam.
mengaburi sinaran yang terang meski terang.
lukisan yang hitam masih lagi berwarna.
meski merah, hijau dan kuning terpancar disebalik lukisan.
dinding-dinding yang dahulunya putih tidak lagi dipandang.
menarik jika pelbagai warnanya, meski kelam yang tidak tentu hitam.
pada waktu yang suram, masih ada lagi bunyian, masih ada lagi sentuhan.
tidak berdaya seribu alasan, tidak bernyawa masih lagi segar.
deretan yang tidak disentuh apa lagi dijenguk.
hanya bernafsu pada yang tidak berkuasa.

kelam yang suram masih belum hitam.
sekadar diam kerana hidup ini sudah tiada harapan.

Sunday, July 7, 2013

penghujung pasti

ku lerai kan detik detik akhir
untuk ku pastikan penghujung pasti
tiada guna menyimpan hasrat di hati
telah ku tahu penghujung pasti
titis demi titis aku hilangkan
di damparkan seperca kain terhidang
di coret itu yang terlihat
lutsinar mana nafsu yang meronta
cuba ku gapai namun tidak bernyawa
lemah santun tidak berdaya
hendak ku serah kerna ku lihat berbeza
hanya bayangan yang bergurau senda tetapi tidak ketawa
senyuman itu, menjadi duka peti memori
ku tidak lagi mahu senyuman itu
kerana si pencuri terus mencuri, seikhlas ku beri
namun,tidak ku sedar,
pohon yang rendang tidak lagi berbuah
hati yang gusar masih lagi sukar
saat ini, ku merayu, ku buka pintu hati,
ku ingin kau pergi, kerna ku tahu penghujung pasti;

duhai hati jangan berduka lagi
sekilas angin jangan di duga
kelak derita terlerai kepercayaan jiwa;

penghujung itu, penghujung
yang pasti

Monday, July 1, 2013

perjalanan

perjalanan ini masih jauh harus ku tempuhi
masih jauh tetapi tidak ku duga cabaran yang mendatang
waktu terus berlalu meninggalkan mereka yang terleka
mereka yang terlalu taksub dengan dunia
mereka yang terlalu ta'jub dengan  kepuasan nafsu
dan kubiarkan masa terus berlalu
separuh tubuhku kaku
dunia yang ingin digenggam kini tinggal debu
debu yang ditiup angin hilang sekelip kerdipan bintang
kerana percaya yang maha Esa merancang sesuatu yang lebih baik
ku teruskan perjalanan ini
semoga kepercayaan itu tidak hilang dibuai mimpi alam yang fana

Ya Allah berikanlah aku hidayah dan petunjuk Mu
Ya Allah berikanlah keluargaku hidayah dan petunjuk Mu
Ya Allah berikanlah guru-guruku hidayah dan petunjuk Mu
Ya Allah berikanlah rakan rakan ku hidayah dan petunjuk Mu
Ya Allah berikanlah seluruh umat Islam petunjuk dan hidayah Mu
Ya Allah berikanlah semua mahkluk Mu hidayah dan petunjuk Mu

Semoga kami sempat melafaz nama Mu ketika hembusan nafas kami yang terakhir

Amin Ya Robbal 'alamin

Saturday, April 27, 2013

falling in love

susah sebenarnya kalau dah jatuh cinta, lagi2 kalau tak tahu nama
kalau tahu nama at least boleh lah google
banyak kali jatuh cinta, banyak kali patah hati
dah tak boleh nak patah balik
susahnya jadi remaja
mana ada benda yang senang kat dunia ni