Monday, February 11, 2013

koma

leka mencari cinta. sehingga cinta yang harus diberikan dilupakan
manusia sering meminta sesuatu yang tiada
mereka mengejar, mereka berlari, mereka melompat.
mereka, mereka reka, sesuatu yang bukan milik mereka
untuk dijadikan haluan hidup
hidup mereka dipisahkan dari yang nyata, terus berilusi
sebesar besar raksasa di hadapan mata hanya di jeling
kerana mereka terlebih memandang saujana yang begitu indah di mata yang berkaca
perjalanan kehidupan semakin berdebar: mereka terus melompat
tiada halangan di mata berkaca. kaki tersadung dek lantai yang berbatu
seharusnya mereka jatuh dan menyesali setiap kebenaran yang dinoda
batu permata yang digenggam kini jatuh, retak, hilang serinya
tiada kesudahan jika masih mengejar
tiada kejayaan jika mengulangi kesilapan
tiada yang berlaku tanpa izinNya

aku koma dalam sedar



No comments:

Post a Comment