apabila aku tulis blog dalam bahasa melayu maka banyak lah viewer2 yang bersesak ke blog aku ni.
mungkin kerana topik yang aku bincangkan agak menarik dan terlalu banyak unsur2 kebencian yang terselindung
tasik yang dalam jangan disangka ada buaya kerana buaya ada di sungai
air yang keruh jangan diingat tidak boleh diminum kerana pada masa kini kebanyakan air2 yang sedap tidak jernih
orang yang melayu jangan disangka tidak boleh tidak melayu
kadangkala aku terkilan melihat keadaan politik semasa yang lebih ke arah kepentingan sesuatu individu dalam parti politik tersebut
aku bukanlah berada di pihak yang memonopoli wang kerajaan atau pun pihak yang cuba merampasnya
tetapi sehingga sekarang aku tidak pernah nampak kelebihan yang terlampau dan terserlah pada sesuatu parti politik,mungkin dulu aku nampak
hendak buat bagaimana,pemimpin yang benar2 mempunyai sifat kepimpinan untuk memimpin telah lenyap di tanah melayu
aku tidak faham;akal dan pemikiran telah berjaya dijajah oleh penjajah2 yang aku sangat mengkenali semasa belajar sejarah
aku juga memerhati:orang2 yang aku lihat,sering mendengar puji-pujian untuk tuhan,melakukan ibadat wajib, dan melakukan perkara2 yang dituntut, kadangkala mengabaikan perkara2 kecil yang lama kelamaan ia adalah sesuatu besar.aku bukanlah hendak mengatakan yang mereka adalah berpura pura tetapi mereka sepatutnya menjadi contoh dan tauladan kepada aku yang kurang melakukan perkara2 yang disenaraikan.bukan juga aku bermaksud lebih baik tidak melakukan perkara2 yang disenaraikan jika hanya berpura puri dan berkura kuri kerana orang yang tidak melakukan perkara2 yang disenaraikan adalah lebih kurang mendapat cahaya dalam kehidupannya.semoga aku dan mereka mendapat hidayah dari yang esa
hidup umpama kehidupan di mana ajal maut,jodoh pertemuan telah ditentukan
No comments:
Post a Comment